Home » Citra Yadim » Kunjungan hormat kepada Exco Agama Kedah

Kunjungan hormat kepada Exco Agama Kedah

ALOR SETAR – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah pada 7 Disember telah mengadakan satu kunjung hormat kepada Exco Agama, Pendidikan dan Sumber Manusia Negeri Kedah, Yang Berhormat Brigedier Jeneral (B) Dato’ Haji Najmi Haji Ahmad.

Kunjungan di pejabat Dato’haji Najmi itu, yang diketuai oleh Timbalan Yang Dipertua YADIM, Yang Berbahagia Dato’ Dr. Mohd Fakrudin Abdul Mukti, antara lain bertujuan untuk mengukuhkan lagi kesinambungan dan ukhwah yang sedia ada dalam usaha bersama menggerakkan dakwah di Kedah.

Dato’ Najmi dalam reaksinya menyatakan kesediaan kerajaan negeri untuk membantu YADIM bagi memudahkan sebarang urusan atau aktiviti agensi itu di Kedah.

Dr Mohd Fakhrudin turut mengambil kesempatan menyampaikan kad laporan 100 hari Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Nasrudin Hassan kepada Dato’Haji Najmi.

Turut sama dalam kunjungan ini ialah Pengarah YADIM Kedah, Hafsah Husain.

Artikel Berkaitan

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *