Home » Citra Yadim » Yadim Kelantan sumbang 1,500 keping pelitup muka

Yadim Kelantan sumbang 1,500 keping pelitup muka

KOTA BHARU – Cakna dengan keperluan dan kebajikan anggota bomba dan penyelamat di negeri ini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan pada 7 Disember telah menyantuni petugas barisan hadapan ini.
Sejumlah 1,500 keping pelitup muka disumbangkan bagi kegunaan anggota bomba yang kini bukan sahaja membantu membendung penularan Covid-19, tetapi juga siap siaga menghadapi banjir yang dijangka melanda pada bila bila masa. Turut disumbangkan ialah bekalan makanan asas.
Majlis penyerahan yang diadakan di ibu pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Kelantan ini, disempurnakan oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah YADIM, Yang Berhormat Ustaz Ahmad Fathan Mahmood.
Hadir sama dalam majlis ini ialah Pengarah YADIM Kelantan, Mahadi Awang serta Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Kelantan, Md Salleh Sarbini.
Selesai penyerahan sumbangan kepada anggota bomba, Ustaz Ahmad Fathan diberi taklimat berkenaan perjalanan operasi bilik gerakan banjir negeri Kelantan oleh Md Salleh.
Dalam pada itu, pelitup muka yang diserahkan itu akan diagihkan kepada balai-balai bomba yang menjadi pusat operasi banjir

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *