Home » Citra Yadim » Ziarah Kasih Kampung Kenang Kenangan

Ziarah Kasih Kampung Kenang Kenangan

TONGOD – Usaha menyampaikan dakwah dan menyantuni masyarakat pedalaman di negeri ini sememangnya bukan mudah.

Tetapi ia tidak menjadi penghalang kepada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sabah yang melaksanakan program Ziarah Kasih ke Kampung Tongod di sini.

Perjalanan ke kampung ini memakan masa dua jam dari pekan Tongod dan mencecah enam jam dari Kota Kinabalu.

Sebanyak 100 bakul makanan disampaikan kepada asnaf yang memerlukan dalam program ini, 50 daripada YADIM manakala selebihnya sumbangan Persatuan Bangsa Sungai Sabah (SABAS).

Program ini merupakan kerjasama YADIM Sabah, SABAS, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah, Badan Dakwah Daerah Tongod, Klinik Kesihatan Tongod, Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Penerangan.

Hadir ke program ini ialah Pengerusi SABAS, Datuk Johari Janan manakala YADIM diwakili oleh Pengarah Sabah, Haji Samin Ongki.

Artikel Berkaitan

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *