Home » Citra Yadim » Bicara Dakwah YADIM Kedah di IPD Kuala Muda

Bicara Dakwah YADIM Kedah di IPD Kuala Muda

SUNGAI PETANI – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah meneruskan pengisian Ihya Ramadan Sebulan YADIM (IRSYAD 360) dengan program Bicara Dakwah di Surau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda di sini pada 21 April.
Seramai 50 peserta terdiri daripada kakitangan dan pegawai polis serta isteri anggota di IPD ini menyertai program ini.
Pegawai YADIM Kedah, Ustaz Haji Azmi Mohamad dijemput sebagai penceramah dalam program ini. Antara yang disentuh beliau ialah mengenai solat, puasa, hikmah puasa, amalan yang perlu direbut dalam bulan puasa dan lain lain lagi.
Turut hadir dalam program ini ialah Asisten Supritendan Razilawati Che Aziz selaku pegawai bertanggungjawab serta urusetia program Ustazah Hashimah Abdul Razak, Ustazah Siti Aminah Abd. Hamid dan Ustazah Sharifah Azizan, kesemuanya dari Bahagian Agama dan Kaunseling Polis Diraja Malaysia.

Artikel Berkaitan

Majlis Hari Raya Aidilfitri Muhibah Madani

GOLONGAN bukan Muslim didekati YADIM menerusi pelbagai program dan pendekatan dakwah. YADIM Negeri Selangor umpamanya dengan kerjasama tiga rakan strategik iaitu MACMA,

SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI

  SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI merupakan sebuah program yang dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik YADIM Negeri Sembilan dan Melaka iaitu Institut Pendidikan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *