Home » Langit Terbuka » Mufti Perak Tan Sri Harussani meninggal dunia

Mufti Perak Tan Sri Harussani meninggal dunia

Allahyarham Tan Sri Harussani sebelum ini dilaporkan menerima rawatan di unit rawatan rapi Hospital Raja Permaisuri Bainun selepas disahkan positif COVID-19. - Foto NSTP

IPOH – Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria, 82, meninggal dunia hari ini.

Perkara itu disahkan Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim ketika dihubungi melalui WhatsApp sebentar tadi.

Menerusi mesej itu, beliau sekadar menyebarkan gambar tertera ucapan takziah atas pemergian Allahyarham yang sebelum ini dilaporkan menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini selepas disahkan positif COVID-19.

Ucapan takziah atas kematian Allahyarham turut dimuatnaik di Facebook rasmi Jabatan Mufti Negeri Perak (JMNPk). – Berita Harian

Artikel Berkaitan

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *