Mufti Perak Tan Sri Harussani meninggal dunia

IPOH – Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria, 82, meninggal dunia hari ini. Perkara itu disahkan Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim ketika dihubungi melalui WhatsApp sebentar tadi. Menerusi mesej itu, beliau sekadar menyebarkan gambar tertera ucapan takziah atas pemergian Allahyarham yang sebelum ini dilaporkan menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Raja […]

COVID-19: Mufti Perak sedang dirawat di ICU

IPOH – Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria yang disahkan positif COVID-19 minggu lalu, sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi ( ICU) di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB). Anak kepada Mufti Perak, Datuk Ahmad Wafi ketika dihubungi memaklumkan secara ringkas status terkini kesihatan bapanya yang sedang dirawat. “Abah memang di ICU dan mak pula […]

Mufti Perak positif Covid-19

IPOH – Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria disahkan positif Covid-19 dan kini dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini. Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim ketika dihubungi mengesahkan perkara itu selain meminta agar semua pihak mendoakan kesembuhan Harussani. “Tan Sri (Harussani) masih menerima rawatan di HRPB. Mohon doa dari semua. “Saya […]

Mufti Perak semakin pulih

Ipoh – Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Pakar KPJ Ipoh di sini, sudah semakin pulih dan turut dipindahkan ke wad biasa. Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam dan Penerangan Perak Mohd Akmal Kamarudin berkata, perkembangan terkini itu dimaklumkan oleh Jabatan Mufti Negeri Perak. Menurutnya, Harussani kini sedang […]

Keadaan Harussani bertambah baik

IPOH – Keadaan Mufti Perak Tan Sri Dr Harussani Zakaria yang dimasukkan ke sebuah hospital swasta di Ipoh pagi semalam akibat serangan strok, telah bertambah baik, demikian menurut doktor yang merawatnya. Pakar Perubatan dan Neurologi Hospital KPJ Ipoh, Datuk Dr Zakaria Kadir berkata keadaan Harussani, 81, ketika dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) kira-kira pukul […]

Perlu tangani isu murtad lebih serius – Mufti Perak

IPOH – Isu murtad bukan bersifat peribadi atau semata-mata konflik kepercayaan, sebaliknya perlu dilihat dari sudut keselamatan, kata Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria. Beliau berkata tindakan menyenaraikan isu murtad atas dasar hak individu dan prinsip kebebasan beragama bakal menjejaskan usaha menanganinya secara kolektif. Katanya, setiap lapisan masyarakat bertanggungjawab menangani isu murtad secara kolektif, […]

Umat Islam jangan ambil tindakan terburu-buru

IPOH: Umat Islam di negara ini dinasihatkan tidak mengambil tindakan terbur-buru susulan insiden keganasan di dua masjid di Christchurch, New Zealand ketika umat Islam mahu menunaikan solat Jumaat tengah hari tadi. Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, berkata agama Islam tidak mengajar umatnya untuk bertindak secara melulu meskipun kejadian itu membabitkan umat Islam menjadi mangsa. […]