Home » Langit Terbuka » Operasi kilang minuman keras di seluruh negara dihentikan serta-merta

Operasi kilang minuman keras di seluruh negara dihentikan serta-merta

Kilang minuman keras adalah tidak termasuk dalam kategori keperluan asas, justeru ia ditutup ketika ini, tegas Menteri Kanan Pertahanan- Foto The Edge

PETALING JAYA – Kerajaan hari ini mengumumkan penutupan operasi kilang-kilang minuman keras di seluruh negara susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Penuh yang mula dikuatkuasakan hari ini.

Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sebagai makluman, kesemua sektor perkilangan telah diarahkan tutup kecuali 12 kategori sahaja yang masih dibenarkan beroperasi seperti yang telah diumumkannya semalam.

“Walaupun kebenaran beroperasi diberikan kepada kilang-kilang yang berasaskan makanan dan minuman namun ia hanyalah untuk keperluan asas sahaja.

“Oleh yang demikian, kilang minuman keras adalah tidak termasuk dalam kategori keperluan asas,” katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah beliau, sehubungan itu, kerajaan hari ini bersetuju agar semua kilang-kilang minuman keras di seluruh negara ditutup serta-merta. – K! ONLINE

Artikel Berkaitan

Majlis Hari Raya Aidilfitri Muhibah Madani

GOLONGAN bukan Muslim didekati YADIM menerusi pelbagai program dan pendekatan dakwah. YADIM Negeri Selangor umpamanya dengan kerjasama tiga rakan strategik iaitu MACMA,

SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI

  SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI merupakan sebuah program yang dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik YADIM Negeri Sembilan dan Melaka iaitu Institut Pendidikan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *