Home » Langit Terbuka » Firma guaman syarie boleh beroperasi ketika PPN

Firma guaman syarie boleh beroperasi ketika PPN

Permohonan firma dan peguam syarie itu akan diuruskan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia dan pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bagi dipertimbangkan untuk kelulusan pengoperasian, tertakluk kepada prosedur operasi standard diluluskan Majlis Keselamatan Negara. - Foto FMT

PUTRAJAYA – Firma dan peguam syarie di seluruh negara boleh mengemukakan permohonan untuk beroperasi semula sepanjang tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula 15 Julai lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata permohonan itu boleh dibuat melalui sistem Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) – COVID-19 Intelligent Management System (CIMS) sepanjang PPN.

Katanya, permohonan itu akan diuruskan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dan pejabatnya bagi dipertimbangkan untuk kelulusan pengoperasian, tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) diluluskan Majlis Keselamatan Negara (MKN) serta negeri dalam fasa PPN.

“Permohonan boleh dibuat melalui Kluster Perundangan dan Kehakiman Syariah dan Sektor Guaman Syarie yang mempunyai empat subsektor iaitu Khidmat Nasihat Profesional Guaman Syarie, Perkhidmatan Guaman Syariah, Perkhidmatan Khidmat Nasihat dan Peguam Syarie bagi tuntutan Harta Pusaka, Hibah dan Wasiat serta Perkhidmatan Perunding Keluarga Islam,” katanya melalui satu kenyataan, pada 28 Julai.

Zulkifli berkata, beliau berharap peluang itu dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh semua peguam syarie bagi memberikan perkhidmatan kepada masyarakat.

“Firma dan peguam syarie tetap bertanggungjawab mematuhi SOP ditetapkan MKN bagi mengelak berlaku penularan wabak COVID-19 premis masing-masing,” katanya.

Artikel Berkaitan

Majlis Hari Raya Aidilfitri Muhibah Madani

GOLONGAN bukan Muslim didekati YADIM menerusi pelbagai program dan pendekatan dakwah. YADIM Negeri Selangor umpamanya dengan kerjasama tiga rakan strategik iaitu MACMA,

SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI

  SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI merupakan sebuah program yang dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik YADIM Negeri Sembilan dan Melaka iaitu Institut Pendidikan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *