Home » Citra Yadim » Pengusaha dan pekerja kedai dobi disantuni YADIM

Pengusaha dan pekerja kedai dobi disantuni YADIM

BUKIT BERUNTUNG – Inisiatif menyantuni rakyat yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (YADIM) terus menjadi fokus Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) ketika ini.

Terbaharu, tiga pekerja dobi di sini menerima sumbangan barangan keperluan harian dan wang tunai daripada YADIM pada 28 Julai. Dobi tempat mereka bekerja terjejas teruk sebelum ini akibat PKP yang berkuatkuasa.

Turut disantuni ialah seorang wanita pemilik kedai dobi yang tabah menjaga suaminya yang merupakan seorang Orang Kelainan Upaya.

Prihatin dengan kesukaran dihadapi lelaki OKU berkenaan, YADIM segera membuat keputusan untuk membantu mendapatkan kaki palsu kepadanya.

Hadir menyampaikan bantuan kepada mereka ialah Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuah Soh.

Selesai menyantuni pekerja dobi,  YADIM turut menyampaikan sumbangan kepada seorang mantan kakitangan badan dakwah ini yang turut terjejas akibat PKP.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *