Home » Citra Yadim » 80 keluarga asnaf disantuni SAY Kuala Selangor

80 keluarga asnaf disantuni SAY Kuala Selangor

TANJONG KARANG – Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Selangor turut bergerak aktif menyantuni golongan yang memerlukan.

Antara aktiviti terkini mereka ialah pada 6 Ogos apabila 80 keluarga warga emas, ibu tunggal dan mereka yang kurang berkemampuan menerima sumbangan makanan bermasak.

Diketuai Asmah Husin, mereka yang disantuni adalah penduduk di Parit 1 hingga Parit 4 di sini.

Turut membantu ialah 11 lagi ahli jawatankuasanya.

Sebelum itu baru baru ini, mereka juga menyantuni mangsa kebakaran di Taman Seri Tanjong di sini menerusi pemberian keperluan dapur, makanan dan buah-buahan.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *