PUTRAJAYA, 25 November – Pusat Pengurusan Penyelidikan YADIM (3PY) terus komited memperkukuh mutu penerbitan ilmiah apabila menganjurkan Mesyuarat Jawatankuasa Sidang Editorial Jurnal YADIM: International Journal of Islam and Contemporary Affairs Kali Ke-16 di ibu pejabat YADIM, di sini, hari ini.
Mesyuarat tersebut memberi tumpuan utama kepada pengukuhan tadbir urus editorial, penubuhan jawatankuasa kerja serta pemantapan kualiti penerbitan artikel ilmiah.
Perbincangan turut merangkumi pelan tindakan strategik bagi pengindeksan Jurnal YADIM menerusi Malaysian Citation Index (MyCite) dan Directory of Open Access Journals (DOAJ), sebagai batu loncatan ke arah sasaran pengindeksan berprestij, Scopus, menjelang tahun 2029.
Terdahulu, majlis turut diserikan dengan penyampaian watikah pelantikan kepada barisan Ahli Jawatankuasa Sidang Editorial Jurnal YADIM bagi sesi 2026–2028 yang disempurnakan oleh Yang Dipertua YADIM, Datuk Dr. Hasan Bahrom.
Jawatankuasa Sidang Editorial tersebut dipengerusikan oleh Profesor Dr. Sharifah Hayaati Syed Ismail. Turut hadir ialah Pengarah Kanan Sektor Dasar dan Perancangan YADIM, Puan Suhaila Sahibul Ghani serta Pengarah 3PY, Dr. Masitah Esa.
Sesi kali ini menghimpunkan barisan ahli jawatankuasa dari pelbagai institusi pengajian tinggi secara bersemuka, antaranya Profesor Dr. Mohd Fauzi Abu @ Hussin (UTM Johor), Profesor Dr. Che Zarrina Saari (UM), Profesor Madya Dr. Mohd Sohaimi Esa (UMS), Profesor Madya Dr. Aminuddin Hehsan (UTM), dan Profesor Madya Dr. Adlina Hj. Ab Halim (UPM).
Turut serta ialah Profesor Madya Dr. Norrodzoh Hj. Siren (UM), Dr. Hajar Opir (UiTM), Dr. Abang Mohd Razif Abang Muis (UNIMAS), Dr. Madihatun Zainuddin (UPTM), Dr. Nurul Husna Mansor (UM), manakala ahli jawatankuasa lain menyertai perbincangan secara dalam talian.
Penganjuran mesyuarat ini mencerminkan kesungguhan berterusan YADIM dalam memperkasakan ekosistem penyelidikan serta meningkatkan profesionalisme pengurusan editorial.
Langkah strategik ini sekali gus memartabatkan Jurnal YADIM sebagai wadah penyebarluasan ilmu berorientasikan dakwah yang berdaya saing pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa.



KOMEN