Home » Citra Yadim » 50 Pegawai Batalion 9 PGA Diberi Pendedahan Praktikal Pengurusan Jenazah

50 Pegawai Batalion 9 PGA Diberi Pendedahan Praktikal Pengurusan Jenazah

KUALA TERENGGANU, 26 November – Menyedari kepentingan ilmu pengurusan jenazah sebagai tuntutan fardu kifayah, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Negeri Terengganu dengan kerjasama Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuala Terengganu menganjurkan Program YADIM Interaktif: Tahsin Ibadah Pengurusan Jenazah di Dewan Mes Pegawai Kanan Batalion 9 PGA, di sini, hari ini.

Program yang diadakan bersempena Program Dakwah Negara 2026 itu dirasmikan oleh Penolong Pengarah YADIM Negeri Terengganu, Ustaz Ali Azfar Khairul Faiz.

Seramai 50 pegawai Batalion 9 PGA menyertai program berkenaan yang merangkumi dua slot pengisian utama, iaitu sesi teori dan latihan amali pengurusan jenazah.

Kedua-dua slot tersebut dikendalikan sepenuhnya oleh Ahli Zamalah YADIM Negeri Terengganu, Ustaz Haji Mohd Zaki Mat Yakim.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah Penolong Pegawai Pemerintah Batalion 9 PGA, Deputi Superintenden Sazali Jaafar; Pegawai Bekalan merangkap Pengerusi Surau An-Nur Batalion 9 PGA, Asisten Superintenden Mohamad Azlee Ismail; serta Pegawai Integriti Batalion 9 PGA, Asisten Superintenden Shamsuddin Abd Rahman.

Penganjuran inisiatif ini diharapkan dapat meningkatkan kefahaman serta keyakinan para peserta dalam mengendalikan pengurusan jenazah secara praktikal, sekali gus memperkukuh penguasaan ilmu fardu kifayah dalam kalangan warga pasukan keselamatan

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *