Home » Citra Yadim » 100 kit Musa’adah untuk veteran ATM

100 kit Musa’adah untuk veteran ATM

BUTTERWORTH – Jasa anggota tentera berjuang demi negara sememangnya tidak terbalas.

Justeru bagi menghargai sumbangan itu, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pulau Pinang pada 16 September telah bekerjasama dengan Persatuan Veteran Tidak Berpencen Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Pulau Pinang mengadakan program YADIM Peduli.

Ia juga diadakan bersempena dengan Sambutan Bulan Kemenangan YADIM dan Hari Malaysia 2021.

Seramai 100 ahli persatuan berkenaan menerima sumbangan kit Musa’adah daripada YADIM Pulau Pinang di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia di sini.

Hadir ke acara ini ialah Pengerusi Persatuan Veteran ATM Tidak Berpencen Pulau Pinang, Abu Hassan Abdullah dan Pengarah YADIM Pulau Pinang, Mohd Afifi Ruslan.

Selesai penyerahan pek kit Musa’adah, diadakan pula aktiviti ziarah kepada enam kediaman
ahli persatuan yang ditimpa keuzuran dan penyakit.

Artikel Berkaitan

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *