Home » Citra Yadim » Bulan Dakwah 2.0 di Kampung Lanai

Bulan Dakwah 2.0 di Kampung Lanai

BALING – Kampung Lanai dan beberapa  kawasan lagi di sini menjadi lokasi terbaharu program Bulan Dakwah 2.0 Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah.

Dua program berlangsung pada 13 November. Ia dimulakan dengan Tahsin Ibadah (Pengurusan Jenazah) dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa Masjid Intaz Safinaz di sini.

Ceramah disampaikan oleh Ust Haji Azmi Mohammad dari YADIM Kedah. Para peserta diberikan penerangan mengenai mandi, kafan dan lain-lain lagi berkaitan pengurusan jenazah. Seramai 50 orang peserta menyertainya.

Pada sebelah petang pula diadakan program YADIM Peduli-Musaadah Covid 19 di dewan masjid berkenaan. Seramai 35 keluarga menerima sumbangan kit makanan  asas seperti beras, gula, tepung minyak, teh, biskut dan lain lain lagi.

Selesai penyerahan di masjid, urusetia menziarahi sebanyak 15 rumah asnaf di kampung ini bagi menyerahkan sumbangan.

Para penerima terdiri daripada warga Tahfiz Al Quran Al Wadi di sini ibu tunggal, anak yatim, pesakit kronik, mereka yang kesempitan hidup akibat kehilangan pekerjaan dan sebagainya.

Hadir ke program ini termasuklah Timbalan Pengerusi Masjid, Haji Zakaria Ismail, Setiausaha masjid, Haji Dakro Haji Husain, Ahli Jawatankuasa Muslimat, Hajjah Maznah Zakaria dan wakil wakil penduduk.

 

Artikel Berkaitan

Maqasid haji membina kesatuan ummah

Ibadah haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang menjadi tunjang dalam kehidupan seorang Muslim. Ia adalah manifestasi ketaatan kepada Allah SWT

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *