Home » Citra Yadim » Ride Santai ‘Ketaq Kaki’ Sempena Bulan Dakwah 2.0

Ride Santai ‘Ketaq Kaki’ Sempena Bulan Dakwah 2.0

SUNGAI PETANI- Sekatan rentas daerah dan negeri yang telah dikuatkuasakan hampir 2 tahun menyebabkan banyak aktiviti dakwah fizikal kepada anak muda tertangguh.

Mengambil peluang kebenaran rentas daerah dan negeri yang diberikan dalam fasa 4 Pelan Pemulihan Negara, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah bersama rakan strategik menganjurkan program Ride Santai Dakwah dari Sungai Petani, Kedah ke Sumpitan, Gerik, Perak. Lebih 100 peserta menyertai konvoi ini.

Program ini juga diberi nama “ketaq kaki” dalam loghat utara kerana para peserta sudah tidak sabar untuk menunggang motosikal secara konvoi beramai-ramai.

Disamping menunggang motosikal, solat dhuha, tazkirah di setiap check point, solat zohor dan asar serta makan berjamaah antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini berlangsung.

Pengarah YADIM Negeri Kedah Ustaz Mohd Aizat bin Zakaria hadir menyampaikan ucapan perasmian serta simbolik pelepasan peserta program.

Turut hadir Pengerusi Persatuan Belia Sejahtera Sungai Petani, Ibrahim Ismail, Pengerusi Santai Anak Utara (SAU), saudara ‘Acai’, dan kumpulan Arternatif Riding Club (ARC).

Artikel Berkaitan

Majlis Hari Raya Aidilfitri Muhibah Madani

GOLONGAN bukan Muslim didekati YADIM menerusi pelbagai program dan pendekatan dakwah. YADIM Negeri Selangor umpamanya dengan kerjasama tiga rakan strategik iaitu MACMA,

SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI

  SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI merupakan sebuah program yang dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik YADIM Negeri Sembilan dan Melaka iaitu Institut Pendidikan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *