Home » Citra Yadim » YADIM Kuala Selangor santuni pesakit kronik, warga emas

YADIM Kuala Selangor santuni pesakit kronik, warga emas

SUNGAI BURUNG – Warga kerja Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Selangor meneruskan lagi gerak kerja mereka menyantuni golongan yang memerlukan.

Pada 1 Disember lalu, mereka telah menyampaikan sumbangan kepada seorang pesakit kronik selain warga emas di sini.

Abdul Rahim Haji Arshad menderita penyakit paru paru yang juga mengakibatkannya mengidap asma sejak remaja.

Lelaki ini tinggal bersama dan dijaga oleh ibunya.

Seorang lag disantuni, yang hanya mahu dikenali sebagai  Latifah, merupakan warga emas orang kelainan upaya pesakit kencing manis tinggal bersama bapa saudaranya.

SAY Kuala Selangor diwakili Pengerusinya, Asmah Husin dan tiga ahli jawatankuasanya menghantar sumbangan makanan serta wang saguhati untuk  meringankan sedikit beban yang ditanggung keduanya.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *