Home » Citra Yadim » Sumbangan mangsa banjir di Temerloh oleh Skuad Musaadah Keluarga Malaysia

Sumbangan mangsa banjir di Temerloh oleh Skuad Musaadah Keluarga Malaysia

PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) hari ini (28 Disember) bersama sama rakan rakan agensi agama Islam Persekutuan dan sukarelawan bergerak menuju ke Temerloh bagi menyantuni mangsa banjir di kawasan tersebut.

Bersama kira kira 400 sukarelawan, konvoi Skuad Musaádah Keluarga Malaysia ini juga disertai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Yang Berhormat Senator Haji Idris bin Haji Ahmad.

Yang Dipertua YADIM, Ustaz Nasrudin Hassan juga turut serta dalam misi ini yang bergerak pada jam 8.30 pagi. Badan dakwah ini terlibat dalam beberapa program di Temerloh antaranya sumbangan kepada mangsa banjir, gerak kerja membersihkan kediaman dan Dapur Rakyat YADIM.

Selain dari Putrajaya, YADIM juga menghantar sukarelawannya dari negeri lain ke Temerloh seperti dari Johor, Kelantan, Terengganu dan Selangor.

Di Temerloh, YADIM membuka Dapur Rakyat di Kampung Batu Satu yang akan menyediakan 1,000 pek makanan untuk mangsa banjir selain memfokuskan gerak kerjanya di Kampung Paya Dalam. 

 

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *