Home » Citra Yadim » Sedikit sumbangan tanda kami prihatin

Sedikit sumbangan tanda kami prihatin

SETIU – Sejak tiga tahun lalu, Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Setiu mengalami masalah bekalan air yang kerap berlaku.

Jika berlaku di sesebuah kediaman peribadi, ia pasti amat menjengkelkan, apatah lagi jika terjadi di sebuah sekolah yang mempunyai beratus ratus murid!

SK Kuala Setiu telah cuba mengatasi masalah ini dengan pelbagai ikhtiar, antaranya memohon bantuan dan sumbangan daripada YADIM Terengganu yang sebelum ini pernah beberapa kali membantu komuniti di negeri ini yang mengalami masalah yang sama.

Umpamanya ketika sekitar Kuala Nerus mengalami gangguan bekalan air pada Ogos tahun lalu.

Cakna dengan masalah ini, YADIM Terengganu baru baru ini segera menyumbang satu unit pam air bagi kegunaan sekolah ini.

Sumbangan ini telah disampaikan oleh Pengarah YADIM Terengganu, Ustaz Nasrul Hadi Saiadin kepada Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Kuala Setiu, Cikgu Rusdi Mat Nor.

Ia sekadar satu sumbangan pam air bernilai RM500, namun ia merupakan inisiatif YADIM Terengganu membantu sekolah berkenaan yang secara tidak langsung satu bentuk dakwah dengan meringankan beban golongan sasaran.

Sumbangan ini juga sebenarnya tidak boleh dijayakan tanpa bantuan orang ramai yang menyumbang kepada Tabung Infaq YADIM. Melalui sumbangan kepada tabung berkenaan, YADIM kembalikannya kepada masyarakat dalam pelbagai bentuk seperti program dakwah dan sumbangan secara langsung seperti ini.

Ayuh menyumbang kepada masyarakat menerusi Tabung Infaq YADIM. Layari laman web YADIM dan klik di ruangan ‘Sumbangan Dana’ di halaman utama. Seterusnya ikuti panduan yang diberikan, atau hulurkan sumbangan anda ke akaun 5660 1062 5428 (Maybank)

Anda juga boleh menyumbang menggunakan pautan di bawah

https://infaqpay.my/go/yadim atau

https://infaqpay.my/collection/yadim

Setiap sumbangan layak mendapat potongan cukai.

Artikel Berkaitan

Malaysia negara pertama terima visa haji

KUALA LUMPUR: Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *