Home » Citra Yadim » Kunjungan ke Majlis Islam Sarawak

Kunjungan ke Majlis Islam Sarawak

YADIM diajak untuk menambah lagi bilangan daie yang bertugas menyebar luas dakwah di Sarawak ketika ini.

Ini antara cadangan oleh Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak, Datuk Haji Misnu Haji Taha dalam kunjungan YADIM kepada beliau di pejabatnya di Kuching pada 28 Julai.

Menurutnya, daie perlu mempunyai kekuatan untuk bertugas di Sarawak yang mempunyai cabarannya tersendiri seperti muka bumi yang luas, selain memiliki campuran etnik pelbagai.

Beliau turut mencadagkan agar program-program sukarelawan anjuran YADIM di Sarawak melibatkan pelajar-pelajar universiti, sesuai dengan bilangan institusi pengajian tinggi di negeri itu yang semakin bertambah.

Ujar Datuk Misnu lagi, pihaknya terbuka untuk bekerjasama dengan YADIM dalam usaha usaha dakwah di Sarawak dan yakin usaha yang dijalankan bersama bagi mencapai tujuan itu akan membawa banyak kebaikan.

Mewakili dalam kunjungan ini ialah Yang Dipertuanya, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus, Ahli Lembaga Pemegang Amanah, Haji Alwi Morshidi dan Pengarah YADIM Sarawak, Awang Dulhadi Awang Mat.

 

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *