Home » Citra Yadim » Latihan Pertolongan Cemas dan Kesukarelawanan YADIM di Serian

Latihan Pertolongan Cemas dan Kesukarelawanan YADIM di Serian

SERIAN – YADIM komited memperkasa Skuad Pasukan Bertindak Pertahanan Awam (CDERT) badan dakwah ini di seluruh negara.

Ia akan dilaksanakan melalui penambahan ahli Sukarelawan YADIM (SAY) yang menerima latihan berkenaan serta kandungan dan peringkat latihan yang diberikan, kata Yang Dipertua YADIM, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Latihan Pertolongan Cemas dan Kesukarelawanan YADIM anjuran YADIM Sarawak dengan kerjasama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Serian bersama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Hulu Serian.

Hadir sama ialah Pengarah YADIM Sarawak, Awang Dulhadi Awang Mat, Ketua Kaum Hulu Serian dan Koperal Shelbeth Ak Francis daripada APM Serian.

Seramai 40 anggota SAY Serian menyertai program ini. Mereka diberi latihan seperti ikatan bantuan kecemasan dan Teknik Pemulihan Pernafasan (CPR).

Dalam pada itu Datuk Hasanuddin berkata, penglihatan dan pengiktirafan lebih ramai anggota SAY menerusi CDERT akan menaikkan lagi nama badan dakwah ini.

Menyentuh mengenai Serian pula, ia amat bertepatan kerana kawasan berkenaan sering dilanda banjir, yang memerlukan sukarelawan berkemahiran sentiasa bersiap sedia.

Pada 2021, anggota SAY Kuching telah menerima pengiktirafan CDERT sebagai usaha mengembang kemahiran mereka dalam pelbagai bidang, sekaligus menjadi perintis pasukan SAY pertama menerima latihan berkenaan.

Artikel Berkaitan

Malaysia negara pertama terima visa haji

KUALA LUMPUR: Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *