Home » Citra Yadim » MAJLIS Minum Petang Bersama Diaspora Malaysia di Jakarta

MAJLIS Minum Petang Bersama Diaspora Malaysia di Jakarta

MAJLIS Minum Petang Bersama Diaspora Malaysia di Jakarta membuka tirai program YADIM di Indonesia sempena Pesta Buku Indonesia 2023.
Berlangsung di Malaysia Hall Jakarta, ia dihadiri kira-kira 30 peserta terdiri daripada pelajar Malaysia, kakitangan kedutaan, atase pertahanan, atase agama serta wakil pelbagai agensi kerajaan Malaysia.
Yang Dipertua YADIM, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus menyampaikan ucapan aluan dan memberi penerangan ringkas tentang gerak kerja terkini badan dakwah ini.
Beliau turut menyeru hadirin agar cakna dengan inisuatif dilaksanakan kerajaan dan perkembangan semasa yang berlaku di Malaysia kepada hadirin.
Ahli Lembaga Pemegang Amanah YADIM, Ustaz Bashir Mohamed Al Azhari seterusnya dalam sesi Bicara Madani menyentuh mengenai usaha-usaha terkini melestari gerakan dakwah di tanah air seperti melaksanakan Modul Hadis 40 Imam Nawawi.
Kepada para pelajar, beliau berpesan agar mengutamakan pengajian masing-masing dan tidak terpengaruh dengan perkara lain.
Hadir sama ke program ini ialah Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Datuk Syed Md Hasrin Tengku Hussin@Syed Hussin.

Artikel Berkaitan

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *