Home » Langit Terbuka » Lembaga Zakat Negeri Kedah penerima khas Anugerah Zakat Kebangsaan

Lembaga Zakat Negeri Kedah penerima khas Anugerah Zakat Kebangsaan

SELAMAT Paigo (tengah) bergambar dengan pemenang enam kategori Majlis Anugerah Zakat Kebangsaan 2023 di Putrajaya. -UTUSAN/AMREE AHMAD

PUTRAJAYA: Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) diiktiraf sebagai penerima anugerah khas bagi Anugerah Zakat Kebangsaan bersempena Sambutan Bulan Zakat Kebangsaan 2023.

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (Jawhar), Datuk Selamat Paigo, anugerah ini julung kali diperkenalkan sebagai satu bentuk motivasi dan pengiktirafan tertinggi kepada agensi mengurus zakat yang menonjol sepanjang tahun penilaian.

“Seperti kategori lain, bukan Jawhar yang pilih pemenangnya tetapi kami melantik panel bebas daripada luar agar keputusan nanti tidak dipertikaikan mana-mana pihak.

“Calon yang dikemukakan semua negeri mestilah mempunyai rekod cemerlang malah ada merit pernah menganjurkan program bertaraf kebangsaan dan antarabangsa,” katanya.

Terdahulu, beliau mewakili Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar menyampaikan hadiah kepada para pemenang bersempena sambutan itu, di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau mengharapkan lebih banyak penyertaan dapat dicalonkan oleh semua Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) untuk majlis penganugerahan tersebut susulan ada negeri yang didapati tidak mengemukakan sebarang calon.

Katanya, penganjuran Majlis Anugerah Zakat Kebangsaan ini mampu merapatkan hubungan kerjasama strategik antara Jawhar, MAIN, agensi mengurus zakat dan pelbagai institusi berkaitan sekali gus dijadikan wadah pembangunan sosio ekonomi ummah sejajar Fokus Pelan Transformasi Al-Falah yang dicetuskan kerajaan. – UTUSAN

Artikel Berkaitan

Maqasid haji membina kesatuan ummah

Ibadah haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang menjadi tunjang dalam kehidupan seorang Muslim. Ia adalah manifestasi ketaatan kepada Allah SWT

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *