Home » Citra Yadim » YDP YADIM merasmikan Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman antara UIS dan UNFPA

YDP YADIM merasmikan Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman antara UIS dan UNFPA

YANG Dipertua YADIM, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus telah merasmikan Forum dan Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman antara Universiti Islam Selangor dan United Nation Population Fund pada (UNFPA) 22 Februari.
Beliau mewakili Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Dr. Zulkifli Hasan dalam program ini.
Perjanjian persefahaman antara kedua pihak ini nanti akan membantu meningkatkan kesedaran mengenai inisiatif kewangan sosial yang boleh digunakan untuk membantu mangsa keganasan rumah tangga.
Ia secara tidak langsung juga menjadi platform dalam mewujudkan kerjasama antara pihak terlibat bagi memastikan keberkesanan dalam pemerkasaan mangsa-mangsa berkenaan.
Sesi menandatangani perjanjian berkenaan melibatkan Pusat Penyelidikan Antarabangsa Ekonomi dan Kewangan Islam, Universiti Islam Selangor (IRCIEF-UIS) dan UNFPA.
UIS diwakili oleh Naib Canselornya, Dato’ Profesor Madya Dr. Mohd Farid Ravi Abdullah sementara Yayasan UIS pula oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Encik Ahmad Fatin Mohamad Suhaimi dan UNFPA pula oleh Dr. Asa Torkelsson selaku wakil di Malaysia.
Selesai sesi menandatangani perjanjian, forum bertajuk ‘Peranan Kewangan Islam Dalam Memperkasakan Mangsa Keganasan Rumahtangga’ berlangsung yang mengupas bagaimana pendekatan terbaik membantu mereka yang teraniaya dalam insiden-insiden berkenaan.

Artikel Berkaitan

Maqasid haji membina kesatuan ummah

Ibadah haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang menjadi tunjang dalam kehidupan seorang Muslim. Ia adalah manifestasi ketaatan kepada Allah SWT

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *