Home » Citra Yadim » SIRI Kedua Sepakat Madani Bersama Komuniti

SIRI Kedua Sepakat Madani Bersama Komuniti

SIRI Kedua Sepakat Madani Bersama Komuniti telah berlangsung di Masjid Mukim Batang Merbau, Tanah Merah pada 22 Februari.
Program bermula dengan Bicara Minda bertajuk “Malaysia Madani Memupuk Masyarakat Sejahtera ” yang disampaikan oleh Duat Al Falah, Ustaz Haji Ab Halim Harun.
Selesai Bicara Minda, program diteruskan dengan penyampaian bakul makanan sumbangan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) kepada 30 asnaf yang dikenal pasti memerlukan.
Turut hadir ialah Pegawai Penerangan Negeri Kelantan, Ust Mat Wi Ab Rahman, Pegawai Penerangan Daerah Tanah Merah, Encik Sanusi Arifin dan Pengerusi Yayasan Mahsari, Dato Wan Rakemi Wan Zahari.
Hadir mewakili YADIM Negeri Kelantan ialah Penolong Pegawainya, Encik Mohd Rozimi Awang.
Program ini adalah anjuran bersama Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Kelantan, YADIM Negeri Kelantan, YAPEIM dan Duat Al Falah.
Siri pertama sebelum ini diadakan di Madrasah Ar Rahmaniah Darul Quran, Kampung Kok Semeru, Tumpat pada 19 Februari lalu.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *