Home » Citra Yadim » Usaha Meningkatkan Penguasaan Tulisan Jawi

Usaha Meningkatkan Penguasaan Tulisan Jawi

MARAN – Bengkel Jawi “Zero To Hero Jawi” telah diadakan pada 18 April di Kampung New Zealand, Pahang anjuran bersama YADIM Negeri Pahang dan Sekolah Rendah Agama (SRA) Felda Kampung New Zealand.

Bengkel ini bertujuan meningkatkan kefahaman dan penguasaan tulisan Jawi dalam kalangan peserta, khususnya generasi muda, di samping memupuk minat terhadap warisan Jawi sebagai identiti penting dalam budaya dan pendidikan Islam.

Bengkel ini telah dirasmikan oleh Pengarah YADIM Negeri Pahang, Ustaz Aizuddin Hakim Mohd Yusof,. Turut hadir ialah Guru Besar SRA Felda Kampung New Zealand, Puan Noraiza Zainon, Jurulatih Utama Jawi Daerah Maran Puan Shaza Atikah Mohd Yusof, barisan pegawai YADIM Negeri Pahang, para guru, urusetia serta peserta dalam kalangan pelajar dan ibu bapa pelajar.

Penganjuran bengkel ini menjadi platform memperkukuh ukhuwah serta kerjasama antara YADIM dan institusi pendidikan dalam usaha memartabatkan tulisan Jawi serta menyemai kecintaan terhadap ilmu dan warisan Islam.

Selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI, program ini mencerminkan nilai Ihsan, Hormat dan Kesejahteraan dalam membina masyarakat berilmu, berakhlak serta menghargai warisan, seterusnya melahirkan generasi yang seimbang dari segi intelek, rohani dan sosial.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *