Home » YADIM MADANI » Menyemarak Kesedaran Anak Muda Sebagai Ejen Perubahan

Menyemarak Kesedaran Anak Muda Sebagai Ejen Perubahan

DUNGUN – Program Aspirasi Belia Madani telah berlangsung Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Terengganu Kampus Dungun dengan penyertaan seramai 340 orang peserta terdiri daripada mahasiswa dan warga kampus tersebut.

Ia merupakan anjuran bersama YADIM Negeri Terengganu dan UiTM Cawangan Terengganu Kampus Dungun, dengan penglibatan aktif mahasiswa serta warga kampus.

Program dimulakan dengan slot Aspirasi Belia Madani yang disampaikan oleh Ahli Zamalah YADIM Negeri Terengganu, Ustaz Wan Ahmad Radzi Wan Ramli menerusi tajuk “Anak Muda dalam Misi Pembangunan Negara Hari Ini”.

Seterusnya, ucapan aluan telah disampaikan oleh Timbalan Rektor (Hal Ehwal Akademik) UiTM Cawangan Terengganu, Profesor Dr. Azman Che Mat, sebelum ucaptama dan perasmian disempurnakan oleh Yang Dipertua YADIM, Datuk Dr. Hasan Bahrom.

Dalam ucapannya, beliau menekankan kepentingan persediaan mental dan diri dalam mendepani cabaran masa depan, di samping menghayati ilmu yang dipelajari serta mengutamakan adab sebagai asas kehidupan berilmu.

Beliau turut menegaskan bahawa ilmu yang dimiliki merupakan aset penting yang membuka peluang besar pada masa depan dalam membentuk generasi berilmu, berakhlak dan mampu menyumbang kepada pembangunan ummah serta negara.

Datuk Dr. Hasan turut memberi peluang kepada para peserta untuk bertanyakan soalan dalam sesi soal jawab bagi membolehkan mereka mendapat pencerahan dan kefahaman jelas.

Hadir sama ke majlis ini ialah Pengarah YADIM Negeri Terengganu, Ustaz Mohd Kamal Nazmi Kamaruddin serta Ketua Pusat Pengajian Akademi Pengajian Islam Kontemporari UiTM Cawangan Terengganu, Dr. Mohd Marbawi Taha.

Penganjuran program ini diharapkan dapat menyemarakkan lagi kesedaran dalam kalangan anak muda terhadap peranan mereka sebagai ejen perubahan dalam membina masa depan negara yang lebih sejahtera.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *