Home » Citra Yadim » YADIM Santuni Anak Yatim

YADIM Santuni Anak Yatim

KUALA LANGAT – Bahagian Khidmat Sosial YADIM dengan kerjasama Sukarelawan YADIM (SAY) Kuala Langat pada 19 April telah menganjurkan program Ziarah Kasih yang menyantuni seramai 42 orang penghuni Rumah Anak Yatim Sijangkang (RAYAS).

Berlangsung dengan sederhana namun tetap meriah, program yang disempurnakan oleh Pengarah Bahagian Khidmat Sosial, Encik Shahrizal Mat itu turut menyampaikan sumbangan kepada 15 orang ibu tunggal.

Sesi U Need, iaitu penerangan berkenaan operasi dan gerak kerja SAY juga telah disampaikan oleh Penolong Pengarah Kanan Bahagian Khidmat Sosial, Encik Zam Zarizal mad Ariffin dalam program ini kepada hampir 200 hadirin.

Memeriahkan acara, pasukan Marhaban An Nur Surau Haji Mansor telah mengalunkan marhaban untuk halwa telinga para hadirin dalam program ini.

Turut hadir sebagai tanda sokongan ialah aktivis sosial di Kuala Langat, Datin Hajah Juvita Haji Wahab, Ketua Pasukan SAY Kuala Langat, Haji Hasmawi Mahidin dan ahli jawatankuasanya, Pengerusi RAYAS, Haji Azrin Haji Ishak, Penolong Pengarah Bahagian Khidmat Sosial, Ustaz Arif Adzwan Mat Ali, Ustaz Aqid Muhaimin Mohammad dan Ustazah Siti Rohaizat Mohd Soor serta para pegawai lain bahagian tersebut.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *