ALOR GAJAH – Program YADIM Sejahtera: Ceramah Maulidur Rasul Peringkat UniKL MICET telah diadakan di UniKL MICET sebagai salah satu pengisian sempena sambutan Maulidur Rasul SAW pada 7 September.
Program dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh Pengarah YADIM Negeri Sembilan dan Melaka Ustaz Abdul Halim bin Ismail, sebelum pengisian utama program disampaikan oleh Ahli Zamalah YADIM, Ustaz Mohd Sobri bin Hashim bertajuk “Kepimpinan Nabawi: Memimpin dengan Iman, Integriti dan Rahmah”.
Pengisian tersebut memberi penekanan terhadap konsep kepimpinan yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW, khususnya dalam aspek keimanan, integriti, amanah dan sifat rahmah ketika memimpin serta berinteraksi dengan masyarakat.
Program ini diharap dapat meningkatkan penghayatan warga UniKL MICET terhadap kepimpinan Rasulullah SAW dan menjadikan nilai-nilai kepimpinan Nabawi sebagai panduan dalam kehidupan serta tanggungjawab seharian.



KOMEN