Home » Citra Yadim » RSY Mesir Rancang Aktiviti Mahasiswa

RSY Mesir Rancang Aktiviti Mahasiswa

PUTRAJAYA – Peranan mahasiswa Malaysia di Mesir dalam kegiatan dakwah, kepimpinan dan pembangunan sahsiah menjadi antara perkara yang dibincangkan dalam kunjung hormat Rakan Siswa YADIM (RSY) Mesir di Ibu Pejabat YADIM, Putrajaya, pada 7 September.

RSY Mesir diketuai Pengerusinya, Saudara Muhammad Hafid bin Abdullah, bersama lima orang Ahli Jawatankuasa. Delegasi tersebut disambut Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Haji Zamri Zainal Abidin bersama Pengarah Kanan Sektor Latihan dan Pengkaderan, Haji Mahadi Awang, Pengarah Bahagian Kepimpinan Muda, Ustaz Ab Razak Aripin serta para pegawai bahagian tersebut.

Perbincangan turut menyentuh pelaksanaan aktiviti mahasiswa Malaysia di Mesir dan peranan RSY sebagai wadah kegiatan mahasiswa dalam bidang dakwah, kepimpinan dan pembinaan sahsiah.

RSY Mesir merupakan sebahagian daripada gerakan Rakan Siswa YADIM yang menghimpunkan mahasiswa untuk mengikuti kegiatan berkaitan kepimpinan, ilmu, dakwah dan pembangunan kemahiran.

Antara program RSY yang disenaraikan YADIM ialah Konvensyen Kepimpinan RSY (KKSRY), Gerbang Pra Siswa (GPS), RSY Hidupkan Ramadan (RHR), Mukhayyam Rakan Siswa YADIM (MURSY), Muktamar Sanawi, Kem Pemantapan Kepimpinan (MANTAP), Outreach School Programme, Training of Trainers (TOT), Training of Facilitator (TOF), Usrah dan Bicara Ilmiah.

Untuk RSY Mesir, kegiatan pembangunan kepimpinan menjadi antara pengisian yang diberi perhatian. Mereka pernah menyertai Bengkel Kepimpinan MADANI selain terlibat dalam libat urus bersama Education Malaysia Egypt serta persatuan pelajar induk dalam menganjurkan program untuk mahasiswa Malaysia di Mesir.

RSY Mesir juga telah beberapa kali terlibat dalam perbincangan bersama YADIM dan persatuan pelajar Malaysia di Mesir mengenai penyelarasan program badan bukan kerajaan di Malaysia, khususnya yang melibatkan pelajar di negara tersebut.

Inisiatif melestari gerakan dakwah oleh RSY Mesir ini adalah selaras dengan fungsi KEMUDA yang memberi tumpuan kepada pembangunan kepimpinan muda, pembangunan pendakwah serta kegiatan dakwah dalam bidang pendidikan, sosial dan kebajikan dalam kalangan mahasiswa dan belia.

 

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *