Home » YADIM MADANI » Program Bicara MADANI: Beri Pencerahan Tentang Haid

Program Bicara MADANI: Beri Pencerahan Tentang Haid

TAWAU – Perkara yang mungkin dianggap biasa oleh sebahagian kita, sebenarnya boleh menjadi cabaran besar kepada pelajar perempuan, termasuk soal mendapatkan keperluan haid, penjagaan kebersihan dan menguruskan diri ketika datang bulan.

Cakna dengan situasi tersebut, YADIM Negeri Sabah bersama Persatuan Komuniti Bugis Sabah (PKBS), Jabatan Pendidikan Daerah Tawau dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tawau II menganjurkan Program Bicara MADANI: Kemiskinan Haid pada 19 September.

Seramai 250 pelajar perempuan SMK Tawau II mengikuti program yang memberi ruang untuk mereka memahami isu haid dengan lebih terbuka, termasuk cara menguruskan kebersihan dan penjagaan diri.

Program antaranya menegaskan Haid sebagai perkara normal dalam proses biologi. Namun, apabila keperluan asas seperti tuala wanita, kemudahan pengurusan dan kebersihan tidak dapat diperoleh dengan baik, ia boleh menjadi satu cabaran kepada pelajar.

Perkara ini disentuh Pembantu Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Rina Haji Jainal, ketika merasmikan program ini.

Menurut beliau, kemiskinan haid bukan sekadar soal tidak mampu membeli tuala wanita, tetapi turut melibatkan akses kepada kemudahan pengurusan dan kebersihan haid yang sempurna.

Program ini turut menampilkan perkongsian “Kemiskinan Haid: Jangan Biarkan Haid Menghalang Impian” oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah YADIM, Profesor Ts. Dr. Zuriati Ahmad Zukarnain, merangkap Timbalan Dekan (Akademik, Kurikulum dan Data), Sekolah Pengajian Siswazah Universiti Putra Malaysia.

Juga menjadi pengisian ialah slot penjagaan kebersihan semasa haid bersama Pegawai Perubatan dan Kesihatan, Klinik Kesihatan Tawau, Dr. Aslina Takdir.

 

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *