Home » YADIM MADANI » Sebati MADANI: Wadah Mengimarahkan Masjid, Memperkukuh Ukhuwah

Sebati MADANI: Wadah Mengimarahkan Masjid, Memperkukuh Ukhuwah

CHEMOR – Program Sehari Bersama Komuniti MADANI (Sebati MADANI) telah berlangsung baru-baru ini bertempat di Masjid Jamek At-Taufiqiah, Taman Klebang Jaya, Chemor, Perak.

Dijayakan dengan kerjasama Masjid Jamek At-Taufiqiah dan Pejabat Mufti Negeri Perak, program ini menghimpunkan lebih 400 orang peserta selain turut dihadiri Timbalan Mufti Negeri Perak, SS Dato’ Zamri Hashim, dan Pengerusi masjid, Ustaz Mohd Ridzuan Ismail.

Pelbagai pengisian telah disediakan sepanjang program, antaranya Kuliah Subuh, Merewang, Jamuan Rakyat, Ziarah Kasih, Pertandingan Mewarna, Nasyid dan Azan, selain Pameran Falak, Bicara Santai Falak serta Ceramah Perdana.

Pengisian ilmu turut disampaikan oleh penceramah jemputan, Ustaz Khairul Abdul Rahman dan SS Dato’ Zamri, sekali gus memberi manfaat kepada komuniti melalui perkongsian ilmu dan aktiviti kekeluargaan.

Penganjuran Sebati MADANI menjadi wadah dalam mengimarahkan masjid, memperkukuh ukhuwah serta mendekati dan menyantuni komuniti setempat melalui pendekatan keilmuan, kemasyarakatan dan kekeluargaan.

YADIM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak, khususnya pihak masjid, Pejabat Mufti Negeri Perak, para penceramah, urus setia, sukarelawan dan seluruh komuniti yang bersama-sama menjayakan program ini. Semoga usaha ini terus menyemarakkan semangat kebersamaan dan kesejahteraan ummah.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *