Home » YADIM MADANI » SEBATI MADANI Jadi Ruang Kongsi Ilmu, Erat Ukhuwah

SEBATI MADANI Jadi Ruang Kongsi Ilmu, Erat Ukhuwah

KUALA LUMPUR – Masjid As-Sodiqin, Taman Kobena, Kuala Lumpur pada 20 September meriah dengan kehadiran kira-kira 200 orang warga setempat menerusi program Sehari Bersama Komuniti (SEBATI) MADANI anjuran YADIM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Program yang menghimpunkan masyarakat setempat ini turut menjadi ruang untuk berkongsi ilmu, mengeratkan ukhuwah serta menjalankan pelbagai aktiviti bersama komuniti.

Ia dirasmikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Senator Puan Marhamah Rosli, yang turut melancarkan Program YADIM Ihya Surau (YIS).

Antara pengisian yang diadakan ialah Kuliah Dhuha Bersama Muslimat yang disampaikan oleh Daie Muda YADIM Annisya, selain Tahsin Al-Quran, Sukan Rakyat, Pameran Agensi dan Ziarah Kasih.

Seramai 110 penduduk yang memerlukan juga disantuni menerusi sumbangan Kotak MADANI.

Turut menceriakan program ialah persembahan khas Pondok Daie Muda YADIM Afnan, selain kehadiran pelbagai agensi dan rakan komuniti yang bersama-sama memeriahkan program.

Hadir sama Yang Dipertua YADIM, Datuk Dr. Hasan Bahro; Pm,gawai Tugas-Tugas Khas Perdana Menteri, Encik Raimi Abdul Rahim; Ketua Penolong Pengarah Kanan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Ustazah Imlah Abd Aziz; serta Pengarah YADIM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Siti Zaiton Bachok.

SEBATI MADANI mencerminkan usaha YADIM untuk melestari gerakan dakwah secara lebih dekat, santai dan inklusif, selari dengan aspirasi Malaysia MADANI dan MADANI Membantu.

Terdahulu pada 19 September, masjid ini turut menjadi lokasi Pemukiman Ahli Zamalah YADIM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *