Home » Citra Yadim » YADIM, JKom Teroka Ruang Kerjasama

YADIM, JKom Teroka Ruang Kerjasama

PUTRAJAYA – YADIM dan Jabatan Komunikasi Komuniti (JKom) telah mengadakan perbincangan bagi meneroka ruang kerjasama dalam menyampaikan maklumat yang sahih, tepat dan bermanfaat kepada masyarakat.

Pertemuan yang berlangsung di ibu pejabat YADIM di Putrajaya pada 21 September ini dipengerusikan oleh Yang Dipertua YADIM, Datuk Dr. Hasan Bahrom dan turut dihadiri Ketua Pengarah JKom, Haji Hisyamuddin Ghazali serta Pegawai JKom, Encik Isham Ismail.

Turut hadir Cik Nur Atiqah Syazana Mohd Nasir dari Jawatankuasa Ahli Lembaga Pemegang Amanah Audit YADIM, Pengarah Kepimpinan Muda, Ustaz Ab. Razak Aripin, Pengarah Pembangunan Du’at, Puan Hafsah Haji Husain dan Penolong Pengarah Pembangunan Duat, Ustaz Luqman Hakimi Abd Rahman.

Antara perkara yang dibincangkan ialah kerjasama dalam dakwah siber, termasuk penglibatan Daie Muda YADIM bagi membantu menyampaikan maklumat yang tepat dan bermanfaat kepada masyarakat di ruang digital.

JKom hari ini berperanan sebagai penghubung komunikasi antara kerajaan dan rakyat, termasuk usaha meningkatkan kefahaman masyarakat berkaitan patriotisme.

Semoga kerjasama YADIM dan JKom ini membuka lebih banyak ruang untuk penyampaian maklumat yang tepat, mudah difahami dan dekat dengan masyarakat.

 

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *