GOPENG – Nadwah Kepimpinan Islam Generasi MADANI (NKIGM) Sekolah Berasrama Penuh Peringkat Antarabangsa Kali Ke-44 telah berlangsung pada 21 hingga 25 September di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gopeng, Perak.
Program anjuran Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Unit Sekolah, Bahagian Kepimpinan Muda, YADIM ini menghimpunkan seramai 183 peserta terdiri daripada pelajar Sekolah Berasrama Penuh seluruh Malaysia serta pelajar dari Thailand, Indonesia, Brunei dan Singapura.
Yang Dipertua YADIM, Datuk Dr. Hasan Bahrom, ketika menyampaikan ucaptama telah menyentuh tentang peranan pelajar sebagai ejen perubahan masyarakat di sekolah. Tegas beliau, kepemimpinan harus digerakkan menerusi pendekatan wasatiah, rahmah, dan praktikal bagi melahirkan pemimpin masa depan negara.
Penganjuran nadwah ini menjadi platform dalam membentuk generasi muda yang berilmu, berjiwa kepimpinan serta mempunyai kefahaman Islam yang kukuh, di samping memperkukuh hubungan dan pertukaran pengalaman dalam kalangan pelajar dari Malaysia dan negara-negara serantau.



KOMEN