DUNGUN – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Negeri Terengganu terus memperkukuh usaha menyantuni klien Pusat Koreksional Dungun menerusi penganjuran Program Wacana Ilmu MADANI, baru–baru ini.
Program yang diadakan bersempena Program Dakwah Negara 2026 itu berlangsung di Surau Al-Falah, pusat koreksional berkenaan sebagai salah satu inisiatif berterusan dalam memberikan pengisian ilmu serta bimbingan agama kepada para klien.
Pengisian utama program tersebut menampilkan sesi ceramah bertajuk “Hijrah Diri: Membina Insan, Menggapai Reda Ilahi” yang disampaikan oleh Ahli Zamalah YADIM Negeri Terengganu, Ustaz Jihadi Jazmi Abdul Hamid.
Penganjuran program dengan kerjasama pihak Pusat Koreksional Dungun ini mencerminkan komitmen berterusan YADIM Negeri Terengganu dalam mendekati pelbagai lapisan masyarakat menerusi pendekatan dakwah yang berteraskan ilmu dan penghayatan nilai-nilai Islam.



KOMEN