ABDUL RAHMAN LIMBONG

0
649

ABDUL RAHMAN BIN HAJI ABDUL HAMID merupakan seorang tokoh agama yang berjuang menentang pihak Brtitish di Terengganu. Namanya sering dikaitkan dengan kebangkitan para petani di Ulu Terenggani. Beliau yang lebih dikenali sebagai Abdul Rahman Limbong atau Tok Limbong ini dilahirkan pada tahun 1868. Ibunya berasal dari Johor, manakala bapanya dari Patani Selatan Thailand. Tempat kelahirannya tidak dapat ditentukan tetapi yang pastinya beliau ialah anak watan negeri Terengganu. Semasa kanak- kanak, beliau telah mengikut bapa saudaranya, Haji Tun Mohammad Zaib, (Tun Mamat) menetap di Makkah. Setelah bertahun- tahun di Makkah, beliau kembali ke Terengganu. Beliau telah menuntut pengajian agama dengan Haji Yaakub Paya Bunga, kemudian dengan Haji Wan Musa Paya Bunga dan seterusnya dengan Tokku Paloh,seorang guru agama yang terkenal pada ketika itu. Beliau meninggal dunia di Makkah pada 6 November 1929. Sultan Terengganu, Sultan Zainal Abidin III (1881-1918) regu rapat kepada Tokku Paloh, guru kepada Abdul Rahman Limbong. Putera puteri baginda pernah berguru dengan Abdul Rahman.

KUAT BERIBADAT

Abdul Rahman mempunyai sikap berhemah tinggi dan suka memencilkan diri tetapi peka dengan keadaan sekelilingnya. Beliau juga bersifat penyayang terhadap kanak- kanak terutama anak –anak yatim. Selain berbudi pekerti, Abdul Rahman kuat beribadat. Sebahagian besar waktu malamnya dihabiskan dengan beribadat. Pada hari raya pula, beliau biasanya mengurungkan diri untuk beribadat sebagai tanda tidak mahu menyulitkan orang ramai yang mengikut tradisi ketika itu, membawa makanan untuk guru- guru agama dan orang alim sepertinya.

- advertisement -

KEBANGKITAN PARA PETANI

Semasa pihak British menjadi penasihat dalam pemerintahan raja-raja Melayu di Terengganu, peraturan baru berkenaan tanah dan pertanian telah diperkenalkan. Rakyat dipaksa meminta surat kebenaran untuk menjalankan aktiviti pertanian dan aktiviti ekonomi yang lain di tanah yang ada. Tindakan ini telah menimbulkan ketidakpuasan hati di kalangan petani. Pada 19 dan 20 April 1928, Abdul Rahman Limbong didapati menyebarkan idea menentang peraturan baru di Dungun. Pada 4 Mei 1928 pemimpin- pemimpin kampong dari Hulu Terengganu datang menemui Abdul Rahman. Dalam pertemuan tersebut, Abdul Rahman menegaskan agar mereka tidak mengambil surat kebenaran untuk mengusahakan kegiatan pertanian. Pihak British telah mensabitkan kebangkitan para petani itu dirancang oleh Abdul Rahman. Beliau telah dihadapkan kepada baginda sultan dan dikenakan tuduhan cuba menderhaka kepada sultan. Dalam perbicaraan, Abdul Rahman membela diri sendiri dan berhujah dengan hakim. Abdul Rahman menyangkal dakwaan beliau menghasut para petani dan cuba menderhaka kepada sultan. Walaupun tiada bukti jelas yang membabitkan Abdul Rahman Limbung, beliau akhirnya didapati bersalah dan dihukum buang negeri ke Makkah atas nasihat Dato’ Seri Amar DI Raja. Tindakan ini melumpuhkan semangat para petani yang ketika itu bangkit menentang struktur pentadbiran baru yang diperkenalkan oleh penjajah. Penentangan kaum tani terhadap campur tangan British tidak hanya berlaku di Pahang yang berakhir pada 1895 dan di Kelantan pada 1925.

KEGIATAN EKONOMI

Antara ciri yang membezakan Abdul Rahman dengan ulama- ulama lain ialah pembabitannya dalam sector ekonomi seperti pertanian, perniagaan, perkilangan dan perikanan. Beliau menceburi kegiatan ekonomi atas prinsip bahawa bumi adalah hak Alllah dan sesiapa sahaja boleh mncari rezeki asalkan tidak bertentangan dengan hukum- hukum syarak. Beliau menjalankan kegiatan membuat terompoh dan menenun kain untuk dibuat baju. Beliau juga mempunyai beberapa buah perahu besat bermotor untuk menjalankan kegiatan perniagaan dan perikanan. Selain itu, beliau mengusahakan tanaman kelapa, padi, pisang dan kopi serta membuat bata dan kapur tohor

DIBUANG NEGERI

Pihak British juga menuduh Abdul Rahman menderhaka terhadap sultan Terengganu ketika itu, Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah. Abdul Rahman menafikan segala tuduhan terhadapnya. Abdul Rahman telah dibicarakan di kawasan Istana Maziah dan beliau telah didapati bersalah. Pada 2 Jun 1928, satu perintah buang negeri telah dikeluarkan oleh Jabatan Setiausaha Kerajaan Terengganu. Beliau telah dibuang negeri ke Makkah dan meninggal dunia di sana.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here