Home » Citra Yadim » Menyuntik semangat generasi muda

Menyuntik semangat generasi muda

JOHOR BAHRU 17 Okt. – Generasi muda merupakan `pewaris harapan bangsa’, begitulah yang sering diungkapkan dan diharapkan daripada golongan berkenaan demi kesinambungan dan kelangsungan negara yang tercinta ini.

Namun, masih ramai di kalangan generasi muda hari ini kurang sedar tanggungjawab yang harus mereka pikul itu dan lebih teruk lagi ada yang terlibat dengan masalah sosial.

Justeru, bagi menangani masalah berkenaan, usaha perlu dilakukan oleh semua pihak bagi menyedarkan golongan muda agar sentiasa peka dengan isu-isu semasa dan menyedari tanggungjawab yang berat harus mereka pikul.

Hal inilah yang dihasratkan dengan penganjuran program `Sembang Dakwah Gen Y: Impian Ferrari, Usaha Kancil’ yang diadakan oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) pada  12 Oktober 2016 lalu.

Eksekutif Kanan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia  (Yadim) Zon Selatan, Muhamad Ammar  Abdullah berkata, program berkenaan sememangnya mahu membuka minda para golongan muda atau generasi Y tentang tanggungjawab mereka agar mereka mampu menjadi pemimpin masa hadapan.

“Yadim berharap melalui program ini dapat memberi kesedaran dan motivasi kepada pelajar generasi Y tentang tanggungjawab yang seharusnya dipikul dan berkeyakinan dalam apa jua yang mereka usahakan atau terlibat.’’ katanya.

Beliau berkata, bagi menarik generasi muda terhadap program itu, dua personaliti terkenal telah diundang bagi memberikan  ceramah iaitu Ikon Dakwah Yadim, Diana Amir dan Finalis Da’i, Pendakwah Milenia, Da’I Izzhar atau Ahmad Izzhar Ahmad Nazri.

Menurutnya, program ini telah dihadiri seramai  1,200 orang peserta dan mereka telah memberikan maklum balas yang amat baik berdasarkan kepada setiap soalan yang diajukan oleh panel forum.

Katanya, berdasarkan sambutan yang sangat baik itu, Yadim Zon Selatan bercadang untuk mengdakan program ini pada masa akan datang.

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *