Home » Langit Terbuka » Adam beri inspirasi kepada mualaf

Adam beri inspirasi kepada mualaf

Adam berharap pengalaman sebagai saudara baharu menarik minat mereka yang ingin mendalami agama Islam dengan lebih dekat lagi. Foto : https://www.mstar.com.my

 

KUALA LUMPUR: Dikenali dengan watak antagonis, pelakon, Adam Corrie Lee Abdullah, bersyukur apabila perkongsian di media sosial memberikan inspirasi kepada banyak pihak, terutama mualaf sepertinya.

Adam, 49, berharap pengalaman sebagai saudara baharu menarik minat mereka yang ingin mendalami agama Islam dengan lebih dekat lagi.

“Ada yang menghantar mesej secara peribadi meminta saya membawa pasangan mereka untuk mendalami agama dengan lebih dekat, terutama bagi menarik golongan mualaf seperti saya.

“Bukan tempat saya sebenarnya untuk menyedarkan orang mengenai agama Islam, sebaliknya perkara itu harus wujud atas kesedaran sendiri.

“Oleh itu, saya menjelaskan perkongsian yang dibuat sekadar berkongsi keindahan Islam.

“Saya sendiri masih perlu banyak belajar. Setiap Jumaat, saya menghadiri kelas menuntut ilmu daripada mereka yang berpengetahuan dalam agama,” kata bintang KL Gangster kepada BH Online.

Adam berkata demikian ketika ditemui pada majlis minum petang bersama Kopi Badang, baru-baru ini. Adam ialah duta kepada produk berkenaan, bersama-sama pelakon, Zamarul Hisham dan Siti Elizad Sharifuddin.

Beliau yang turut menyandang jawatan pengerusi program Usrah Fitrah berkata, barisan artis yang ingin mendalami Islam dalam skala kecil boleh berbuat demikian dengan menghadiri perjumpaan terbabit setiap minggu.

“Mungkin ada dalam kalangan selebriti yang ingin belajar, namun segan menghadiri kelas secara terbuka. Kami menyediakan platform untuk mendalami agama dalam skala kecil, khas bagi golongan yang dikenali ini,” katanya.

Adam memeluk Islam pada Julai 2007. Beliau mendirikan rumah tangga dengan wanita berasal dari Teluk Wanjah, Kedah, Fazima Fuad, 30, pada 21 November 2008. – BERITA HARIAN

Artikel Berkaitan

Majlis Hari Raya Aidilfitri Muhibah Madani

GOLONGAN bukan Muslim didekati YADIM menerusi pelbagai program dan pendekatan dakwah. YADIM Negeri Selangor umpamanya dengan kerjasama tiga rakan strategik iaitu MACMA,

SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI

  SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI merupakan sebuah program yang dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik YADIM Negeri Sembilan dan Melaka iaitu Institut Pendidikan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *