Home » Langit Terbuka » MAIK akan siasat 5 beradik tinggal di bangsal

MAIK akan siasat 5 beradik tinggal di bangsal

Noor Muhibbah Abdullah, 39 tahun, bersama lima anaknya tinggal di sebuah bangsal usang berdindingkan kayu reput dan kain serta beratapkan zink. - Foto Astro AWANI

KOTA BHARU 17 Jan. – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) akan menghantar wakilnya bagi mendapatkan gambaran dan maklumat mengenai kedaifan lima beranak yang tinggal dalam sebuah bangsal di Kampung Panji seperti yang disiarkan oleh Astro AWANI dua hari lalu.

Tengku Temenggong Kelantan, Datuk Tengku Muhammad Rizam Tengku Aziz memaklumkan, adalah menjadi tanggungjawab dan keutamaan MAIK untuk membantu golongan seperti ibu tunggal berkenaan termasuk keperluan mereka untuk memiliki rumah.

“Menjadi keutamaan kami di MAIK membantu rakyat susah yang memerlukan. Kita akan hantar wakil untuk menyiasat,” katanya  kepada pemberita selepas majlis ramah mesra bersama pengamal media di sini malam tadi.

Dua hari lalu Astro AWANI menyiarkan kisah ibu tunggal, Noor Muhibbah Abdullah, 39 tahun, bersama lima anaknya yang tinggal di sebuah bangsal usang berdindingkan kayu reput dan kain serta beratapkan zink.

Artikel Berkaitan

Majlis Hari Raya Aidilfitri Muhibah Madani

GOLONGAN bukan Muslim didekati YADIM menerusi pelbagai program dan pendekatan dakwah. YADIM Negeri Selangor umpamanya dengan kerjasama tiga rakan strategik iaitu MACMA,

SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI

  SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI merupakan sebuah program yang dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik YADIM Negeri Sembilan dan Melaka iaitu Institut Pendidikan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *