Home » Langit Terbuka » Adam Corrie tinggalkan dunia tarian atas nasihat ustaz

Adam Corrie tinggalkan dunia tarian atas nasihat ustaz

Selepas memeluk agama Islam pada 13 Julai 2007 ketika pada usia 39 tahun, Adam Corrie Lee Abdullah, 50, mengambil keputusan untuk tidak lagi mengajar tarian atas nasihat ustaz

KUALA LUMPUR – Bagi yang mengikuti perjalanan seni pelakon Adam Corrie tentu sedia maklum beliau juga merupakan seorang guru tari atau kareografer terkenal.

Antara penglibatannya, pernah menjadi tenaga pengajar sebagai guru tari dalam program TV Akademi Fantasia musim pertama, kedua dan keempat.

Walau bagaimanapun, selepas memeluk agama Islam pada 13 Julai 2007 ketika pada usia 39 tahun, Adam Corrie Lee Abdullah, 50, mengambil keputusan untuk tidak lagi mengajar tarian atas nasihat ustaz.

“Sebenarnya saya sudah lapan tahun tidak mengajar orang menari sebab ramai yang menghentam dan mempertikaikan status saya. Kata mereka, kenapa saya masih mahu menari dan terlibat dalam program hiburan lagi setelah memeluk agama Islam.

“Pun begitu, saya jelaskan kepada mereka agar saya diberikan waktu untuk belajar dan mendalami mengenai asas-asas agama Islam.

“Lama-kelamaan saya mengambil keputusan untuk meninggalkan dunia yang dahulunya saya aktif mengajar orang menari,” ujar Adam.

Memasuki tahun ke-11 menjalani hidup sebagai saudara baharu, Adam memberitahu, kunci untuk terus konsisten dan sentiasa mengingati Tuhan adalah dengan cara menghadirkan diri ke majlis-majlis ilmu.

“Di awal keislaman sedikit demi sedikit saya belajar ilmu fardhu ain untuk solidkan solat saya dan Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar.

“Dalam pada itu, jangan sesekali kita tinggalkan majlis ilmu dan carilah mereka yang berilmu, malahan berguru dengan mereka,” katanya. –Sinar Harian

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *