Home » Langit Terbuka » Main kutu boleh dipenjara

Main kutu boleh dipenjara

Jabatan Siasatan Jenayah Komersial dalam kenyataannya berkata, kesalahan bermain kutu terletak di bawah Seksyen 3 Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971

KUALA LUMPUR – Sesiapa yang menjalankan aktiviti ‘bermain kutu’ adalah satu kesalahan dan jika sabit kesalahan, boleh dipenjarakan.

Jabatan Siasatan Jenayah Komersial dalam kenyataannya melalui laman Facebook Cyber Crime Alert Royal Malaysia Police berkata, kesalahan bermain kutu terletak di bawah Seksyen 3 Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971.

“Salah di sisi undang-undang bagi mana-mana individu untuk menjalankan perniagaan menganjurkan kumpulan wang kutu.

“Jika terdapat individu yang menjalankan perniagaan itu akan dikenakan denda tidak lebih 500,000 atau penjara tidak lebih 10 tahun atau kedua-duanya,” jelasnya. – Utusan Malaysia

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *