Home » Citra Yadim » Agihan Bubur Daging Di Jalan Sultan Tengah Semariang

Agihan Bubur Daging Di Jalan Sultan Tengah Semariang

SEMARIANG – Bersempena dengan Ihya Ramadan Sebulan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (IRSYAD 360),  YADIM Sarawak telah melaksanakan program kongsi rezeki dengan mengagihkan bubur daging kepada orang ramai di Jalan Sultan Tengah Semariang pada 30 April.

Program kongsi rezeki ini bermula pada jam 10 pagi apabila kakitangan YADIM dibantu Sukarelawan YADIM bergotong-royong memasak bubur di perkarangan Bilik Gerakan Operasi YADIM Sarawak.

Agihan dilakukan selepas solat Jumaat sekitar jam 3.30 petang di Jalan Sultan Tengah Semariang.

Agihan tersebut diketuai oleh Pengarah YADIM Sarawak, Mahadi Awang bersama tujuh kakitangan YADIM dan Sukarelawan.

Sebanyak pek 200 bubur lambuk telah diagihkan kepada kenderaan di jalan tersebut.

Selain pengguna lalu lintas, agihan tersebut juga telah diberikan kepada petugas barisan hadapan iaitu Pasukan Bomba dan Penyelamat Semariang.

Kongsi Rezeki ini merupakan aktiviti rutin YADIM Sarawak yang dilaksanakan pada  hari Jumaat setiap minggu bagi menyantuni penduduk setempat di samping menyemarakkan bulan Ramadan kali ini dengan aktiviti amal kebajikan.

 

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *