Home » Citra Yadim » YADIM Kelantan Ziarah Pesakit Kanser Hidung

YADIM Kelantan Ziarah Pesakit Kanser Hidung

MACHANG – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan pada 30 April telah meluangkan masa menziarahi Mariah Ismail, 61 tahun di Hospital Machang, yang sebelum ini kisahnya viral di media sosial.

Makcik Mariah kini di hospital tersebut bagi menjaga anaknya,  Abdul Halim Mat Hasan 27 tahun terlantar akibat mengalami kanser pangkal hidung sejak 7 tahun lalu.

Kisah ini turut mendapat perhatian Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri pada 29 April.

Abdul Halim ialah pelajar lulusan Universiti Malaysia Kelantan ini kini menderita tahap empat penyakit berkenaan.

Keluarga Abdul Halim tinggal di Kampung Kok Kiak Baka, Machang. Pemuda ini merupakan anak ke 7 daripada 10 beradik. Ayahnya hanya bekerja sebagai seorang penoreh getah dan tidak mampu membiayai sepenuhnya kos rawatan anaknya itu yang memerlukan susu khas.

YADIM Kelantan yang di wakili pengarahnya, Mahadi Awang menyampaikan sumbangan barangan keperluan seperti tisu, lampin pakai buang, susu tepung dan juga wang tunai.

Program ini merupakan sebahagian pengisian Ihya Ramadan Sebulan YADIM (IRSYAD 360) Kelantan.

 

Artikel Berkaitan

Majlis Hari Raya Aidilfitri Muhibah Madani

GOLONGAN bukan Muslim didekati YADIM menerusi pelbagai program dan pendekatan dakwah. YADIM Negeri Selangor umpamanya dengan kerjasama tiga rakan strategik iaitu MACMA,

SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI

  SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI merupakan sebuah program yang dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik YADIM Negeri Sembilan dan Melaka iaitu Institut Pendidikan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *