Home » Citra Yadim » Agihan juadh sahur untuk frontliners

Agihan juadh sahur untuk frontliners

WALAUPUN Ramadan kini memasuki hari hari terakhirnya, YADIM Kedah tidak berhenti melaksanakan pelbagai program bersama masyarakat.

Pada 27 dan 28 April, mereka menyampaikan juadah sahur kepada pelbagai anggota barisan hadapan di negeri ini seperti Polis Diraja Malaysia, Pasukan Bomba dan Penyelamat, Askar Wataniah serta anggota Pertahanan Awam.

Tidak ketinggalan disantuni ialah pegawai dan kakitangan Pejabat Agama Kuala Muda, Pejabat Daerah Kuala Muda, Majlis Perbandaran Sungai Petani dan Sekolah Khir Johari. Sebanyak 80 set juadah disumbangkan dalam program ini.

Turun padang mengadakan agihan ialah Pengarah YADIM Kedah, Ustaz Mohd Aizat Zakaria, Pengerusi Sukarelawan YADIM Sungai Petani, Encik Basor Harun dan pegawai YADIM Kedah, Rohaida Che Man dan Hapizal Salleh.

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *