Home » Citra Yadim » Rakan Siswa YADIM Hidupkan Ramadan Negeri Pulau Pinang

Rakan Siswa YADIM Hidupkan Ramadan Negeri Pulau Pinang

NIBONG TEBAL – Aktiviti mengimarahkan Ramadan di negeri ini oleh YADIM terus rancak menjelang hari hari terakhir Ramadan.

Pada 23 hingga 24 April lalu, telah diadakan program Rakan Siswa YADIM (RSY) Hidupkan Ramadan Negeri Pulau Pinang di Masjid Kariah Seri Ampangan di sini.

Seramai 35 ahli RSY menyertai program ini selain pelajar pelajar dari institusi tahfiz sekitar kawasan ini.

Antara yang diadakan termasuklah sumbangan kepada penduduk kawasan kariah masjid.

Program ini disempurnakan oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah YADIM, Encik Mohd Zikri Zulkifli. Wakil Bahagian Kepimpinan Muda YADIM, Nurul Ashikin Zakaria juga hadir.

Seterusnya pada 25 April pula, diadakan program Ihya Ramadan Rakan Belia YADIM di  Bukit Mertajam.

Antara pengisian program ialah Ceramah Ramadan oleh Daie Muda YADIM Ilman Hakim.

Artikel Berkaitan

Jelajah Seminar Kenegaraan Madani

YADIM Negeri Selangor dengan Kerjasama Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) pada 17 April memulakan penganjuran Jelajah Seminar Kenegaraan Madani untuk

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *