Home » Langit Terbuka » Agong sumbang 30 lembu korban

Agong sumbang 30 lembu korban

-Harian Metro

KOTA BHARU – Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V berkenan hadir di Majlis Ibadat Qurban sempena Aidiladha dekat Panji, hari ini.

Sebanyak 70 ekor lembu dikorbankan di majlis itu yang diadakan di padang Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra.

Seri Paduka, yang memakai seluar hitam dan kemeja T merah, tiba pada 11.30 pagi.

Baginda diiringi Pemangku Raja Kelantan Dr Tengku Muhammad Faiz Petra.

Turut hadir di majlis itu Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob, timbalannya Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad dan Ketua Polis Kelantan Datuk Hasanuddin Hassan.

Sementara itu Timbalan Yang Dipertua Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) Dr Nik Mohd Azlan Abd Hadi berkata, Yang di-Pertuan Agong menyumbangkan 30 ekor lembu, tujuh ekor dari Pemangku Raja Kelantan, manakala selebihnya dari MAIK.

Katanya daging-daging berkenaan akan diagihkan kepada kira-kira 2,500 fakir miskin.

“Setiap asnaf akan menerima sebanyak satu kilogram daging dan tulang yang siap dicincang,” katanya.

Nik Azlan berkata pada tahun lalu, MAIK mengorbankan 57 ekor lembu dan berjaya mengagihkan daging kepada 2,300 asnaf dan fakir miskin. – Harian Metro

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *