Home » Citra Yadim » Ahli panel dalam kumpulan-kumpulan kerja PPPU dibentuk

Ahli panel dalam kumpulan-kumpulan kerja PPPU dibentuk

BANGI 13 Jun – Orang Melayu dan bumiputera di negara ini bakal menjadi golongan  minoriti berikutan perpecahan serta kehilangan kuasa dalam pelbagai bidang.

Pengerusi Panel Perunding Perpaduan Ummah (PPPU) Majlis Dakwah Negara, Tan Sri Dr. Abd. Aziz Abd. Rahman berkata, keadaan itu dapat dilihat apabila kaum Melayu dan bumiputera yang meliputi 68 peraus penduduk di negara ini ketinggalan dalam dua bidang utama iaitu pendidikan dan ekonomi.

Katanya, situasi semakin meruncing apabila orang Melayu dan bumiputera saling bercanggah dalam ideologi dan fahaman politik hingga wujud beberapa budaya berpuak-puak dalam golongan berkenaan.

“Kita sebenarnya risau apabila melihat usaha untuk memajukan negara ini semakin sukar kerana masyarakat Melayu dan bumiputera hari ini telah berpecah atas pelbagai sebab sehingga ketinggalan dalam bidang-bidang utama. “Bidang pendidikan misalnya, kita masih gagal melahirkan tenaga kerja mahir dalam kalangan orang Melayu manakala mata pelajaran Pendidikan Agama Islam yang diajar di sekolah hanya dilihat untuk aktiviti ritual dan bukan sebagai cara hidup,” katanya dalam siding akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat PPPU Majlis Dakwah Negara di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi PPPU Majlis Dakwah Negara, Tan Sri Abdul Rahman Arshad berkata, kuasa politik orang Melayu dan bumiputera sedia ada perlu dipertahankan, justeru parti politik pembangkang yang berteraskan golongan tersebut harus duduk semeja serta bekerjasama.

Katanya, ahli-ahli politik tanah air perlu muhasabah diri dan melihat kembali asas penubuhan parti, seterusnya mencari titik pertemuan yang boleh menyatupadukan orang Melayu dan bumiputera.

Dalam mesyuarat tersebut, seramai enam ketua dilantik bagi kumpulan kerja masing-masing iaitu Tan Sri Dr. Wan Mohd Zahid Mohd Noordin sebagai Ketua Kumpulan Kerja Memperkukuh Institusi Raja-raja, Tan Sri Abu Zahar Ujang (Ketua Kumpulan Kerja Dialog Antara Pemimpin dan Parti Politik).

Selain itu, Prof. Datuk Dr. Sulaiman Md. Yassin (Ketua Kumpulan Kerja Mobilisasi Masyarakat Madani), Datuk Mohd, Nakhaie Ahmad (Ketua Kumpulan Kerja Penyusuran Akar Umbi), Datuk Dr. Ismail Ibrahim (Ketua Kumpulan Kerja Media dan Publisiti) dan Tan Sri Alimuddin Mohd Dom (Ketua Kumpulan Kerja Belia dan Ilmuwan  Muda).

Setiap kumpulan kerja itu akan dianggotai kira-kira lima hingga tujuh pakar yang mempunyai latar belakang dalam bidang masing-masing dan dijangka memulakan kajian pada 20 Jun ini.

Kajian itu akan dijalanan melalui aktiviti turun padang berjumpa dengan pihak-pihak berkaitan seperti raja-raja, pemimpin parti politik, penuntut universiti dan ketua masyarakat bagi mendapatkan maklumat serta pandangan mereka.

Berikut adalah senarai nama Ali Panel dalam Kumpulan-Kumpulan Kerja PPPU

 

Pengerusi PPPU                           :  Tan Sri Dato’ (Dr) Abdul Aziz bin Abdul Rahman

Timbalan Pengerusi PPPU   :  Tan Sri Dato’ Seri Panglima Dr. Abdul Rahman bin Arshad

 

KETUA – KETUA KUMPULAN KERJA PPPU:

1. KK Memperkukuh Institusi Raja-Raja.

Ketua- Tan Sri Dato’ Dr. Wan Mohd Zahid bin Mohd Noordin.

2. KK Dialog Pemimpin dan Parti Politik:

Ketua- Tan Sri Abu Zahar Ujang

3. KK Mobilisasi Masyarakat Madani:

Ketua- Prof.Emeritus Dato’ Dr. Sulaiman b. Md Yassin

4. KK Penyusuran Akar Umbi:

Ketua- Datuk Hj Mohd Nakhaie bin Ahmad

5. KK Media dan Publisiti:

Ketua: Dato’ Wira Dr. Ismail bin Ibrahim

6. KK Belia dan Ilmuwan Muda:

Ketua: Tan Sri Dato’ Hj Alimuddin bin Mohd Dom

 

AHLI – AHLI PANEL KK:

A. KK MEMPERKUKUH INSTITUSI RAJA-Raja :

1. Tan Sri Dato’ Dr. Wan Mohd Zahid Mohd Noodin- Ketua

2. Tan Sri Mohd Zaman Khan

3. Dato’ Seri Mohd Annuar Zaini

4. Prof Datuk Dr Ramlah Adam

5. Prof Dato’ Dr. Muhammad Muda

6. Dato’ Dr. Hasan Mad

7. Datuk Dr. Mohd Ghazali M.Noor

8. Datuk Hj Yazid Othman

9. Dr. Sobri Salamon

10. Dr. Amini Amir Abdullah

 

B. KK DIALOG ANTARA PEMIMPIN DAN PARTI POLITIK:

1. Tan Sri Abu Zahar Ujang-Ketua

2. Tan Sri Dr. Yusof Noor

3. Prof Datuk Dr  Raduan Che Rose

4. Prof Dato’ Dr. Mohamad Abu Bakar

5. Datuk Pahamin Ab Rajab

6. Dato’ Salamon Selamat

7. Datuk Mustapha Yaakub

8. Prof M Dato Dr Muhd Agus Yusof

9. Dr. Daeng Sanusi Daeng Mariok

10. Dato’ Wira Dr. Affifudin Omar

 

C. KK MOBILISASI MASYARAKAT MADANI:

1. Prof Emeritus Dato’ Dr. Sulaiman Md Yassin- Ketua

2. Tan Sri Nadzmi Salleh

3. Prof Emeritus Dato’ Dr Ibrahim Ahmad Bajunid

4. Dato’ Seri Dr. Isahak Yeob Mohd Shar

5. Prof Dato’ Noor Aziah Mohd Awal

6. Prof Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim

7. Dato’ Dr. Mohd Fadzilah Kamsah

8. Prof. Dato’ Dr. Mohd Jamil Maah

9. Dato’ Zainul Rijal Abu Bakar

10. Prof Madya Dr. Sharifah Hayaati Syed Ismail

11. Dr. Mohd Parid Sheikh Ahmad

 

D. KK PENYUSURAN AKAR UMBI:

1.  Datuk Hj Mohd Nakhaie Ahmad- Ketua

2. Tan Sri Dr. Zulkurnain Awang

3. Prof Dato’ Dr. Tengku Mahmod Mansor

4. Mejar Jen. Dato’ Kamaruddin Mamat

5. Dr. Mohd Fauzi Shaffie

6. Datin Paduka Che Asmah Ibrahim

7. Dato’ Hussamudin Yaakub

 

E. KK MEDIA DAN PUBLISITI:

1. Dato’ Wira Dr. Ismail Ibrahim- Ketua.

2. Puan Sri Fatini Yaacob

3. Dato’ Hassan Mohd Noor

4. Prof Dr. A.Latif Samian

5. Prof Madya Dr. Shamrahayu Abd Aziz

6. Kamarazaman Yacob

7. Datin Hjh Norbaya Musa

 

F. KK BELIA DAN ILMUWAN MUDA:

1. Tan Sri Dato’ Alimuddin Mohd Dom- Ketua

2. Tan Sri Samshuri Arshad

3. Prof Dato’ Dr. Isahak Haron

4. Dato’ Raja Arif Raja Ali

5. Prof Dr. Wan Mokhtar Wan Yusoff

6. Jufitri Joha

7. Khalek Awang

8. Prof Dato Dr Husin @ Mohamad

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *