Home » Langit Terbuka » Kehadiran orang awam sewaktu sebatan pesalah syariah perlu dilihat semula

Kehadiran orang awam sewaktu sebatan pesalah syariah perlu dilihat semula

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) berkata, aspek kehadiran orang ramai perlu dilihat semula, sama ada orang awam boleh hadir sekali ketika sebatan, atau sama ada pegawai (pihak berkuasa) sudah memadai - Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa berkata, aspek kehadiran orang awam sewaktu proses sebatan pesalah undang-undang syariah seperti yang berlaku di Terengganu semalam perlu dilihat semula.

“Ia (peruntukan) perlu dilihat, sama ada orang awam boleh hadir sekali. Sama ada pegawai (pihak berkuasa) dua tiga orang sudah boleh dikira sebagai orang awam. Bagi saya itu proses teknikaliti dan boleh dibawa ke perdebatan,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas melancarkan buku ‘Suatu Perjalanan Hidup’ oleh Prof. Datuk Dr. Denison Jayasooria di Universiti Kebangsaan Malaysia dekat sini hari ini.

Mujahid berkata demikian ketika diminta mengulas hukuman ke atas dua wanita yang menjalani hukuman enam kali sebatan di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu setelah didapati bersalah melakukan hubungan sejenis dalam sebuah kereta pada April lalu

Mengulas lanjut, beliau berkata, pihaknya mengikuti perkembangan tersebut dan mengambil sikap bahawa ia dijalankan mengikut proses undang-undang negeri. – Kosmo

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *