Home » Langit Terbuka » Ahok kekal di penjara, mahkamah tolak rayuan

Ahok kekal di penjara, mahkamah tolak rayuan

Sebuah mahkamah rendah memenjarakan Basuki Tjahaja Purnama atau Ahok atas tuduhan menghina Mei tahun lalu.

JAKARTA: Mahkamah Agung Indonesia menolak rayuan bekas Gabenor Kristian ibu kota ini untuk semakan sabitan kerana menghina Islam, kata jurucakap mahkamah semalam, justeru ahli politik itu akan menjalani hukuman penjara dua tahun yang dijatuhi ke atasnya.

Sebuah mahkamah rendah memenjarakan Basuki Tjahaja Purnama atau Ahok atas tuduhan menghina Mei tahun lalu selepas video diubah dan dialih bahasa salah tersebar dalam media sosial yang menunjukkannya menghina al-Quran.

Ketika itu, Ahok popular dan mengintai pemilihan semula untuk mentadbir ibu kota sebuah negara majoriti penduduk Islam terbesar di dunia. Namun puak Islam mengetuai perhimpunan besar-besaran menggesa beliau disingkirkan dan kumpulan tegar mengundi memilih calon beragama Islam.

Ahok kalah dalam pilihan raya, dipenjara dan memfailkan semakan perundangan dalam kesnya bulan lalu.

“Semua alasan rayuan dikemukakan pasukan pembelaan Ahok ditolak hakim,” kata jurucakap mahkamah, Suhadi. Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan lanjut alasan mahkamah.

Individu yang mengubah video itu dipenjarakan 18 bulan akhir tahun lalu apabila mahkamah mendapati dia bersalah melanggar undang-undang teknologi maklumat dan peguam Ahok cuba menggunakan alasan itu untuk berhujah sabitan ke atasnya lemah. -Reuters

Artikel Berkaitan

Kerajaan saring individu sampaikan ajaran Islam

KUALA LUMPUR – Kerajaan melaksanakan saringan terhadap individu yang akan menyampaikan ajaran Islam di negara ini bagi mengekang penyebaran liberalisme yang berselindung

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *