Home » Langit Terbuka » AI berkembang pesat, nilai moral tidak boleh diketepikan – Presiden UIAM

AI berkembang pesat, nilai moral tidak boleh diketepikan – Presiden UIAM

Abdul Rashid ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Konvokesyen UIAM Ke-42 di Kampus Gombak, pada Ahad. - Foto UIAM

GOMBAK: Institusi pengajian tinggi perlu menilai semula pendekatan pendidikan bagi memastikan graduan bukan sahaja menguasai ilmu, malah mampu berfikir secara kritis, menilai kesahihan maklumat serta membuat pertimbangan berlandaskan nilai moral dan etika dalam era kecerdasan buatan (AI).

Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Tan Sri Abdul Rashid Hussain, berkata perkembangan AI yang semakin pesat bakal mengubah landskap pekerjaan, keperluan kemahiran dan cara individu memperoleh ilmu, sekali gus menuntut universiti mempersiapkan mahasiswa untuk menghadapi perubahan tersebut.

“AI masih berada pada peringkat embrio, namun berkembang pada kadar yang luar biasa dan pantas, memperluas keupayaan manusia dan sempadan ilmu pengetahuan yang belum diketahui, yang akan membawa kita ke arah masa depan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Konvokesyen UIAM Ke-42 di Kampus Gombak, di sini, pada Ahad.

Menurut Abdul Rashid, universiti tidak lagi boleh berfungsi sekadar sebagai institusi penyampai maklumat, sebaliknya perlu membentuk mahasiswa yang berupaya mempersoalkan, menilai dan memahami maklumat secara kritis, selaras dengan tradisi pemikiran Sokratik.

“Tidak memadai sekadar menjadi penerima maklumat.

“Universiti perlu melatih mahasiswa menggunakan pemikiran mereka untuk mempersoalkan maklumat yang relevan, selaras dengan tradisi pemikiran Sokratik,” ujarnya.- AWANI

Artikel Berkaitan

Perkasa wakaf sebagai teras ekonomi – Anwar

  BAYAN LEPAS: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa institusi wakaf diperkasa semula sebagai teras kekuatan ekonomi menerusi tatakelola yang tegas

Jangan khianati integriti amanah saham -Anwar

KUALA LUMPUR: Saham ama­nah yang diwujudkan bagi menjaga kepentingan ekonomi bumiputera perlu terus dipelihara dan diuruskan secara berintegriti supaya kepercayaan rakyat terhadap

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *